Friday 10 August 2012

Kegembiraan di sebalik tangisan

Pagi tadi , ade majlis khatam Quran kat skolah . Masa penyampaian hadiah , ada satu anugerah , *biarlah aku rahsiakan anugerah ape , nant org boleh syak* cikgu sebot ciri-ciri dia , tp , aku pelik , takkan dia ? hati aku tertanya , betol ke dia ?? Akhirnya , cikgu bagitahu sape gerangan tersebut .. Rupa-rupanya dia , kawan-kawan aku , semua dah pandang aku , Ya Allah , sumpah aku kata , dunia ni bagai terhenti seketika .     Masa cikgu ckap je nama dia , mata aku dah bergenang dgn air mata , YA ALLAH , gmbira yg tk trkata , dye bkan seagama dgan aku , tp , dye dapat anugerah yg tertinggi ,
Ya Allah , adakah ini petunjukMu untuk dia serta keluarganya ? Aku nak terus ade kat sisi dia , aku nak jaga dia , aku nak tunjuk dia kat jalan yang lurus ,! Hmm , tapi knape hati kecil ini berkata dia akan berubah & dialah lelaki idaman hatiku .. Sarah dia cuba nak hilangkan air mata ni , tapi , air mata ni makin banyak , dia yakinkan aku macam-macam .Dia kata , mayb 1 hari nant , die boleh trima aku , tp , aku xnk brhrap sgad ,, aku da menyesal .! =\ . Ya Allah , aku sayang dia , aku nak dia tahu , aku chat ngn dia , dia mcam xde perasaan . Hmm , mayb dy fham perasaan aku . Kalau korg ad kt tmpat aku , msti korg skit hati ,, =\ .. Ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu ini . Masa solat Zohor , Asar , Maghrib & Isyak , air mata aku mesti jatuh , tetiba aku teringat ape yg trjadi kat dewan tadi ,, aku bukannye menangis sbb aku sedih , aku menangis sbb  dia dpat anugerah tuu , 

#Capital E , Mohon terasa , aku sayang kau do , aku janji , kalo aku ngn kau brsama 1 hari nant , aku akan jaga kau , aku akan tunjukkan kau ke jlan yg bnar , aku akan semuanya lahhh ! =,\

Thursday 9 August 2012

Malam Lailatul Qadar

‎#Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”(al-Bukhari)
#Daripada Aishah r.a telah berkata: “Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)
#”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).



Jika kita mampu bersolat dan berqiam sepanjang malam, alhamdulillah. Lakukanlah!. Namun bagi yang bukan ahli qiam seperti saya ini mungkin ia tidak dapat dilakukan dengan sebaiknya. Jadi orang yang sebegini, pastikan jangan tinggalkan solat isyak dan solat subuh berjemaah. Kerana mengikut hadith nabi di atas, jika kita melakukan kedua-dua solat tersebut secara berjemaah, ia seolah-olah melakukan solat di sepanjang malam. Bayangkan kita buat seperti yang disarankan pada malam Lailatul Qadar, ia seolah-olah kita melakukan solat sepanjang malam selama lebih daripada 83 tahun. Allahuakbar! Besarnya rahmat Allah kepada kita! Sayangnya Allah pada hambanya.
Ayuh, rakan-rakan…! Kita sematkan azam dan kuatkan semangat untuk berusaha supaya tidak meninggalkan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Itu adalah syarat paling rendah untuk menghadapi Malam Al-Qadar. Jika dapat melakukan ibadat yang lebih lagi alhamdulillah. Lagi besar ganjaran yang akan diperolehi.
Wallahua’lam